Thursday 12 August 2010

kehidupan baru

masing-masing bekas pelajar 5Bijak telah membuat haluan masing-masing.
Ada yang melanjutkan pelajaran mereka ke universiti
Tahniah diucapkan kepada semua bekas pelajar 5Bijak.

Kenangan kita bersama tak akan dilupakan..

Semoga berjaya dalam bidang yang diceburi..

Dikesempatan ini ingin mengucapkan
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA....

(",)

P/S: nnti g raye sme2 lg ye.. =)

Friday 11 December 2009

Guru Kami 2009

Berikut merupakan senarai guru yang mengajar kami sepanjang tahun 2009. Kami menyenaraikan nama-nama guru-guru kami agar kami akan sentiasa mengingati mereka apabila dewasa kelak dengan melawati laman blog ini. Mereka juga merupakan guru-guru yang prihatin terhadap kami dalam menghadapi peperiksaan SPM 2009. Alhamdulillah, kini SPM sudah pun selamat diduduki dan kami telah pun buat yang terbaik. Pada masa ini, tawakal adalah perkara terbaik yang boleh kami lakukan.


Senarai guru-guru yang mengajar 5 Bijak '09

  • Bahasa Melayu - Pn. Rohazila Yon
  • Bahasa Inggeris - Ms. Asmahani Ahmad/Pn. R. Zainon R. Zainal Abidin
  • Mathematics - Pn. Syahrul Bahriah Sajuri/Pn. Rosmawati Yaacub
  • Sejarah - Pn. Tg. Nurhana Tg. Sulaiman
  • Pendidikan Islam - Ustaz Zin Akmal Mohd Halid/Pn. Khaslinda Lahuri
  • Additional Mathematics - Pn. Syahrul Bahriah Sajuri
  • Biology - Pn. Mazura Rahmat
  • Chemistry - En. Husni Zaiem Amin
  • Physics - En. Mahadi Hamid
  • EST - Pn. Siti Fauziah Ismail

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang mengajar kami, tidak kurang juga kepada semua guru SMK Tg. Adang yang telah membentuk kami dengan baik. Jasa mu akan sentiasa dikenang.

Makan2 di CIQ

Pada 9/12/09 yang lalu, kami meluangkan masa bersama dengan makan2 di CIQ. Mengikut perancangan, semua ahli kelas kami akan menyertai event ni bersama2. But then, ada beberapa orang yang tak dapat bersama pada last minute. Apa boleh buat kan, kami on je la. Walaupun rasa macam ada yang kurang.

Di sini la tempat kami lepak2 malam tu.
Nak tau, tengah makan2 kan, kami ternampak someone, nak tau siapa?

Jeng jeng jeng!


Eh! Yazid AF7 la.

Lepas makan baru la kami ambil gambar bersamanya.
Tapi kelakar giler semasa sesi fotografi.
Kawan Yazid yang sangat cool tu buat kami mengekik ketawa sekejap.
Sekejap je la! ;)

Enjoy!

Saturday 21 November 2009

5 Bijak '09

Selamat datang ke blog 5 bijak 2009 SMKTA JB. Follow la ye. Thanks. :)