Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian anda semua melawat blog kami yang tak seberapa ini. Buat pengetahuan anda, blog ini baru sahaja dibina dan masih lagi sedang diubahsuai supaya kelihatan lebih menarik.
Kami merupakan pelajar 5 Bijak '09 di SMK Tg. Adang. Pembinaan blog ini bukanlah sekadar suka-suka, namun ia adalah untuk memastikan kami, bekas pelajar-pelajar 5 Bijak '09, sentiasa berhubungan antara satu sama lain. Di sini juga kami akan menghantar sebarang post yang dapat dimanfaatkan oleh kami dan anda, insyaAllah. Tidak kurang juga, kami dapat saling menukar akaun peribadi kami di sini. Dunia IT sudah berkembang pesat dan kami yang tinggal terceruk di penghujung selatan Semenanjung Malaysia ini turut tidak ketinggalan untuk menikmati kemudahan teknologi pada hari ini.
Ingin dimaklumkan di sini bahawa kelas kami terdiri daripada seorang putera dan sepuluh puteri. Pasti ada merasakan ia merupakan satu jumlah yang sedikit, namun itulah kenyataannya. Alhamdulillah dengan berkat doa kami, guru2, ibu bapa dan lain-lain, kami dapat menjalani proses pembelajaran dengan baik.
Kami berharap anda semua turut menyokong kami dari belakang. Terima kasih.
0 comments:
Post a Comment